Kajian Literatur dan Sumber Eletronik dalam Penyelidikan Pendidikan
( Literature Review and Electronic Resources in Educational Research )

Oleh:
Tengku Zawawi b Tengku Zainal





Pengenalan

Tinjauan  literatur amat penting kerana  ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur :

  1. Kerangka teori ( Theoritical framework )
  2. Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan
Manakala untuk kajian yang berkaitan, sekurang-kurangnya terdapat tiga gaya penulisan :
  1. Pemecahan subtopik kepada kajian dalam negeri dan luar negeri, atau
  2. Pemecahan subtopik berasaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyelidikan berkenaan.
  3. Pemecahan subtopik mengikut objektif kajian
Jika penulisan berdasarkan pemecahan sub-topik kepada kajian dalam dan luar negeri, maka, senarai susunan keutamaan adalah seperti berikut :
  1. Tinjauan literatur tajuk sama dalam negeri
  2. Tinjauan literatur tajuk sama luar negeri
  3. Tinjauan literatur bidang sama dalam negeri
  4. Tinjauan literatur bidang sama luar negeri
  5. Tinjauan literatur tajuk hampir sama dalam negeri
  6. Tinjauan literatur tajuk hampir sama luar negeri
  7. Tinjauan literatur bidang hampir sama dalam negeri
  8. Tinjauan literatur bidang hampir sama luar negeri

Tujuan sesuatu tinjauan literatur adalah untuk :
  1. memberi idea mengenai pembolehubah
  2. mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.
  3. mengetahui status kajian itu diluar.
  4. memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
  5. mengenalpasti masalah sebenar
  6. membina hipotesis kajian
  7. merancang metodologi yang sesuai



Strategi pencarian literatur (Literature search strategy)

Kerja-kerja yang berkaitan dengan pencarian kajian literatur boleh menjadi sesuatu yang menggembirakan atau membosankan.

Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Ini bermakna, seseorang yang langsung tiada pengetahuan asas tentang sesuatu topik tertentu akan mempunyai titik permulaan dan urutan yang berbeza dengan mereka yang telah biasa dan mahir.

Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan menggunakan komputer ( on-line database ). Memang kaedah ini amat baik dan berguna, namun ianya mempunyai beberapa kelemahan yang perlu disedari:

  1. Hanya rujukan terkini yang boleh didapati melalui pencarian berkomputer, kerana ia banyak bergantung kepada pengkalan data yang disediakan.
  2. Sukar mendapatkan latar belakang dan overview yang lebih luas (broad overview) tentang sesuatu masalah daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh individu-individu tertentu.
Bagi sesetengah orang, sumber sekunder ( secondary sources ) seperti buku dan ensaiklopedia, merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topik yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer ( primary sources ) digunakan untuk mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.
 
 
Secondary sources – sources of data in research in which an author has evaluated and summarized previous research. Eg: text books, encyclopedias

Primary sources – Firsthand source of data in research; the original study. Eg: Journals, Dissertation or theses abstracts.
 




Enam langkah dalam pencarian literatur (six steps in the literature search)
 
 
  • Tulis pernyataan masalah
  • Rujuk sumber sekunder (secondary sources)
    • Ensaiklopedia
    • Research reviews
  • Tentukan descriptors
  • Akses sumber preliminary (preliminary sources)
    • Abstrak
    • Indeks
    • Bibliografi
    • Sistem maklumat perpustakaan
    • Pencarian berkomputer
      • Adjusting the scope of the search
      • Obtaining the primary sources
      • Personal computer
    • Perkhidmatan lain di  perpustakaan 
  • Baca dan rekod literatur
  • Tulis sorotan literatur



(i)    Menulis pernyataan masalah ( Write the problem statement )

Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap (complete) dan jitu (concise). Daripada pernyataan masalah, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian. Sebagai contoh, katakan seorang pengkaji ingin menyiasat perbezaan pengetahuan matematik dan amalan pengajaran di antara guru berpengalaman dan guru baru. Antara persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:

Sejauh manakah tahap pengetahuan matematik yang dimiliki oleh guru berpengalaman dan guru baru ?
Adakah tahap pengetahuan matematik mempengaruhi amalan pengajaran ?
Apakah sumber pengetahuan matematik bagi seseorang guru ?

Persoalan-persoalan ini akan membantu pengkaji menjuruskan pencarian literatur yang benar-benar relevan dan menyeluruh.


(ii)    Rujuk sumber sekunder ( Consult secondary sources )

Langkah ini akan membantu kita mendapatkan overview bagi sesuatu topik. Walau bagaimanapun ianya boleh diabaikan jika pengkaji telah memiliki pengetahuan yang mendalam tentang perkara tersebut. Sumber sekunder seperti buku dan ensaiklopedia akan membantu bilamana seseorang pengkaji memiliki pengetahuan yang amat terhad tentang topik yang ingin dikaji. Ianya akan memberi maklumat latar belakang dan gambaran yang lebih luas hasil penelitian terhadap ringkasan beberapa kajian terdahulu.

Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :

Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research, Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll

Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;

Antara contoh research review ialah: Review Of Educational Research, Annual Review Of Psychology, Psychological Review, dll.

(iii)    Tentukan descriptors ( Determine descriptors )

Descriptors adalah terma-terma yang boleh membantu untuk meneroka sumber yang berkaitan dengan sesuatu topik. Untuk contoh kajian: An Investigation Of Pedagogical Content Knowledge And Teaching Practices Among Experienced And Novice Mathematics Teachers, antara descriptors yang jelas ialah; PCK, teaching practices, mathematical knowledge, expert teacher, subject matter knowledge, classroom practices, professional knowledge, dsb.

Descriptors boleh diklasifikasikan sebagai major dan minor. Descriptor major seperti ‘mathematics expert teacher’ akan menjuruskan lagi hasil pencarian. Sebahagian daripada pengkalan data (database) mempunyai descriptors yang tersendiri untuk sesuatu topik.


(iv)    Mencari sumber preliminary ( Search preliminary sources )

Biasanya kita menggunakan sumber preliminary untuk mendapatkan sumber primer, khususnya pencarian melalui komputer. Sumber preliminary biasanya terdiri daripada abstrak dan indeks.

Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para pengkaji. Antara sumber abstrak yang terbesar ialah; “Dissertation Abstracts International” (http://wwwlib.umi.com/cresearch/main), yang mana mengandungi abstrak bagi disertasi daripada kebanyakan kolej dan universiti di USA; “Psychological Abstracts”, “Resources in Education”, dan “Current Index to Journals in Education”.

Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem. Antara contoh indek yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; ERIC1 (http://www.askeric.org), “Education Index”, “Social Science Index”, “Physical Education Index”, “PsycINFO2”, dan “Current Content3”.
 
 

1ERIC (Educational Resources Information Center) is the world's largest source of educational information, with more than 1 million abstracts of documents and journal articles on education research and practice. ERIC, established in 1966, is supported by the U.S. Department of Education, Office of Educational Research and Improvement, and the National Library of Education. It also corresponds to the printed indexes Resources in Education (RIE) and Current Index to Journals in Education (CIJE) [http://www.askeric.org ]

2PsycINFO – A computer search in the field of behavior science. PsycINFO selects key words and lists appropriate titles, identifying authors and journals.

3Current contents – This small weekly magazine, published by the Institute for Science Information, contains the table of contents of journals published recently within a general content area and divides journals by subarea.
 


Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal, dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi (annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu artikel atau buku.

Perlu diingat bahawa seseorang pengkaji tidak wajar mengambil atau mencatat bulat-bulat mana-mana rujukan  yang terdapat dalam sesuatu buku atau artikel, tanpa membacanya sendiri. Ini akan dapat meyakinkan kita bahawa sumber-sumber berkenaan benar-benar ujud dan kandungannya relevan dengan topik kajian. Ingatlah bahawa :

Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll

Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana. Kita boleh memilih sama ada ingin membuat pencarian dengan berdasarkan nama pengarang, judul buku, atau nombor panggilan. Status dan kedudukan buku-buku yang dikehendaki akan dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Antara sistem yang digunakan oleh kebanyakan perpustakaan universiti ialah “On-line Public Access Catalog” ( OPAC - TelNet ) / “Virtual Integrated Library System” ( VTLS ).

Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama ada di pejabat atau di rumah. Pencarian boleh dibuat sama ada secara on-line atau dengan menggunakan CD-ROM. Pengkalan data yang besar (seperti ProQuest dan EBSCOHost) perlu dilanggan (subcribe), manakala beberapa terbitan lain boleh diakses secara percuma.

Pencarian berkomputer secara on-line memerlukan kemahiran berikut:

Perkhidmatan lain di  perpustakaan – Perkhidmatan yang boleh didapati di perpustakaan bergantung kepada institusi di mana ia berada. Selain daripada perkhidmatan yang biasa ( seperti katalog, OPAC, interlibrary loan, dsbg ), kebanyakan perpustakaan universiti menyediakan koleksi CD-ROM terkini dalam pelbagai bidang dan langganan-langganan terbaru dengan beberapa pengkalan data secara on-line. Dapatkan username dan password daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di universiti-universiti berkenaan, untuk akses masuk ke pengkalan data atau jurnal tertentu. Sebahagian daripada pengkalan data dan e-journal adalah untuk akses dalaman sahaja (accessible in campus only).

(v)    Membaca dan merekod literatur ( Read and record the liteature )

Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod. Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku, nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi sekurang-kurangnya lima bahagian utama :
 

  1. Tajuk kajian
  2. Tujuan dan hipotesis kajian
  3. Metodologi
    • Reka bentuk kajian
    • Persampelan 
    • Instrumen
    • Analisis statistik
  4. Dapatan kajian
  5. Perbincangan dan kesimpulan

Selain daripada mengguna kad-kad yang bersaiz 5” x 3” ,  maklumat utama, ulasan dan abstrak boleh dikumpul dengan menggunakan perisian berkomputer. Contohnya : Biblio Reference Manager (http://www.biblioscape.com/downloadreq.htm ). Kaedah ini akan menjadikan segala kerja kita lebih mudah, sistematik dan terkini.


(vi)    Menulis kajian literatur ( Write the literature riview )

Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama:



| Encyclopedias | Research Review | Indexes dan Abstracts | Bibliographies | Research Center |
| On-line Database | On-line Journals | On-line Indexes & Abstracts | OPAC |